BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, Ogos 23, 2009

Salam Ramadhan 1430H


Jumaat, Ogos 07, 2009

Renungkan Sejenak

Perbezaan Ketam Cina Dan Ketam Melayu

Tersebutlah suatu kisah. Tidak lama dulu ada seorang Melayu yang bernama Abu (bukan nama sebenar) teringin makan lauk ketam. Pada suatu pagi, dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik seorang Cina yang diberi nama Apek (juga bukan nama sebenar) yang menjual ketam.

Abu : Apek! Itu ketam ada jualkah?

Apek : Ada...ada...lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Abu : Aik! Ketam pun ada Melayu dan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Apek : Itu sana dalam bekas ada tutup ketam Cina, sana dalam bekas tak ada tutup ketam Melayu laaa....

Abu : Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup, ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Apek : Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar yang lain akan tengok saja dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari itu bekas lar... Jadi semua keluar laarr.

Abu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Apek : Aiya! Ketam Melayu ah, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam oohh, jangan kasi keluar. Dia mau dia satu ekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. Manyak susah ooohhh...

Mendengar cerita Apek tadi Abu termenung sejenak. Akhirnya, Abu segera berlalu dari situ membatalkan niatnya untuk memakan ketam, meninggalkan Apek terkia-kial menguruskan ketam-ketamnya.

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga, Cina lain tak ganggu. Dia tengok ajer dan belajar macam mana nak berjaya. Cina yang dah berjaya tu pulak, akan ajar cina yang lain agar berjaya jugak.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu gak, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain mesti tarik kaki dia. Jadinya sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini sebab tu Melayu tak maju maju .... Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih kompetitif. Bukan semua nak kena "spoon feed"'tapi jangan "Makan suap". Mesti ada usaha (EFFORT) yang jitu. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Dan yang paling penting "Jauhi Rasuah".

Kisah ini tak ada kaitan dengan mana-mana individu, kumpulan atau pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ianya hanya buat renungan kita bersama saja. Mana yang baik datang dari Allah, segala keburukkan datang dari kita sendiri.

Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai '...heheehe
73 cerioo jumpa lagi...adios amigos